SHARE

KANGAR, 25 Julai – Mercy Mission Madinah: Madinah-Next, sebuah badan bukan kerajaan di Melbourne, Australia menerima sumbangan zakat sebanyak RM4,000 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Menurut kenyataan media MAIPs di sini hari ini, sumbangan itu untuk membantu badan berkenaan menjalankan menjalankan aktiviti dakwah dan kemasyarakatan untuk masyarakat Islam tempatan di Melbourne.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs menyampaikan sumbangan itu kepada wakil masyarakat Islam Melbourne, Munir Abdella selepas solat Jumaat di Drill Hall, Multicultural Hub Melbourne, Jumaat lepas.

Berangkat sama pada majlis itu anakanda baginda, Syed Areeb Putra Jamalullail. Sumber: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here