Home Ekonomi Projek mega RM311.4 juta di Kuala Perlis

Projek mega RM311.4 juta di Kuala Perlis

41
0
SHARE

KUALA PERLIS: Satu projek pembangunan mega menelan belanja RM311.4 juta bakal dibangunkan di Kuala Perlis, membabitkan lima fasa dengan fasa pertama dijangka bermula April nanti.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, berkata projek yang akan dibangunkan di atas tanah seluas 6.9 hektar berdekatan Terminal Feri Kuala Perlis itu membabitkan pembangunan kompleks membeli-belah, pangsapuri servis, hotel tiga bintang dan rumah kedai.

“Projek menelan belanja paling besar dalam sejarah negeri ini membabitkan usaha sama anak syarikat Lembaga Tabung Haji iaitu TH Properties Sdn Bhd bersama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKNEPs).

“Pembangunan fasa-fasa ini akan mengambil masa antara lima hingga tujuh tahun, dengan fasa pertama iaitu kompleks membeli-belah dijangka bermula dalam tempoh satu atau dua bulan lagi,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Bercampur di Kuala Perlis di Kompleks Kemudahan Pelancongan Kuala Perlis, di sini. Turut hadir, Pengerusi Kumpulan TH Properties, Datuk Azizan Abd Rahman.

Terdahulu, orang ramai mengambil peluang melihat replika projek pembangunan yang terdiri daripada kompleks membeli-belah dua tingkat, dua pangsapuri servis dengan setiap bangunan mempunyai 200 unit, hotel tiga bintang dan rumah kedai tiga tingkat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here