Press "Enter" to skip to content

Individu pulang luar negara bawa COVID-19 di Perlis

KANGAR: Kerajaan negeri mengesahkan terdapat individu di Perlis dijangkiti COVID-19 selepas pulang dari luar negara baru-baru ini.

Difahamkan individu itu adalah kes ke-10 yang dilaporkan berlaku di negeri ini, selepas kes kesembilan membabitkan seorang doktor pakar yang dijangkiti wabak itu selepas pulang dari Turki.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, berkata pihaknya tidak mempunyai maklumat terperinci berhubung individu terbabit kerana kes itu dikendali sepenuhnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Setakat yang kita tahu, individu terbabit pulang dari Mesir dan sedang dirawat di kemudahan KKM,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Berikutan itu, Azlan meminta orang ramai supaya mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun situasi di Perlis boleh dikategorikan sebagai terkawal.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *