Press "Enter" to skip to content

Jabatan Perhutanan Perlis minta orang ramai dapatkan kebenaran sebelum mendaki

Jabatan Perhutanan Perlis mengingatkan orang awam tidak sewenang-wenangnya melakukan aktiviti riadah dan pendakian di dalam kawasan pergunungan yang diwartakan sebagai hutan simpan di negeri ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Perlis, Ag Shaffie Ag Ahmadni, berkata ini berikutan terdapat sebahagian pihak yang mengaut keuntungan dengan menjadi malim gunung tidak bertauliah di negeri itu.

Ag Shaffie berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dalam negeri itu yang mempromosikan pakej pendakian gunung dan bukit yang diwartakan sebagai hutan simpan dalam negeri ini.

Pihak terbabit mendakwa berpengalaman dalam aktiviti pergunungan selain kononnya memperoleh kebenaran pihak berkuasa untuk menjalankan aktiviti pendakian dalam negeri ini.

Sumber: Dapatkan kebenaran sebelum mendaki – Berita Harian

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *