Press "Enter" to skip to content

Latih Angkat Berat Guna Barang Terpakai

ARAU: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Itulah yang dilakukan dua atlet muda bagi mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila menggunakan barang terpakai seperti rim motosikal dan batang besi buruk sebagai peralatan angkat berat.

Atlet pelapis Perlis, Muhammad Fakhrul Najmi Mohd Fisol, 15, berkata idea itu tercetus apabila adiknya, Muhammad Nazrul Hisham, 10, yang baru menceburi sukan angkat berat, memintanya melakukan sesuatu bagi menghilangkan rasa bosan di rumah apabila tidak dapat berlatih di luar bersama rakan lain.

“Saya duduk perhatikan longgokan barangan terpakai di kawasan rumah. Disebabkan ayah kerja ‘pomen’ (mekanik), terdapat banyak barangan terpakai seperti rim motosikal, besi dan lain-lain, dari situ saya terfikir untuk jadikan rim motosikal sebagai peralatan alternatif (angkat berat).

Sumber: Berita Harian

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *