Press "Enter" to skip to content

Luqman Hakim bakal sarung jersi nombor 9 di Kortrijk

KV Kortrijk sudah mula mencetak nama Luqman Hakim Shamsudin di jersi dengan padanan nombor sembilan.

Sebagai pemain mentah yang berkelana ke Eropah buat pertama kali, ia memberi isyarat bahawa Luqman Hakim berpeluang memainkan peranan besar di sana sambil Kortrijk menawarkan dua helai jersi untuk direbut peminat.

Dalam masa sama, produk Program Pembangunan Bolasepak Nasional (NFDP) itu tidak gentar dengan cabaran menanti apabila bertekad mengharumkan nama negara tatkala pemergiannya ke Eropah diselubungi emosi.

“Saya sudah berjanji kepada diri sendiri, kalau balik (Malaysia) pun saya makan maki sahaja.”Mereka ada sepasang kaki, saya juga ada sepasang kaki jadi buat apa saya hendak takut.

“Jiwa saya kena kental,” katanya yang turut ditemani ibu bapa di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bertolak ke Belgium, Rabu malam.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *