Dua bekas anggota Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Perlis berharap pembentukan kerajaan negeri dapat disegerakan setelah sembilan wakil Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menyokong pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar.
Datuk Sabry Ahmad dan Datuk Khairi Hassan berkata pelantikan barisan Exco harus dibuat segera demi kepentingan rakyat setelah pembentukan kerajaan negeri tertangguh hampir sebulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas.
Sabry ketika ditemui Bernama di sini hari ini, berkata beliau juga menjunjung kasih atas limpah perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang menerima menghadap sembilan ADUN berkenaan Ahad lepas.
Sumber: Bernama
Be First to Comment