Press "Enter" to skip to content

Niat sertai Singa Utara: Akhyar diminta buat pertimbangan bijak

Pemain muda berbakat besar, Akhyar Rashid dinasihatkan agar memikirkan semasak-masaknya mengenai masa depan apabila dikaitkan bakal berhijrah ke Perlis musim depan.

Menurut bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh, pasukan Perlis bukanlah destinasi terbaik buat pemain seperti Akhyar yang seharusnya mengintai peluang bermain di tahap lebih tinggi berbanding memperjudikan nasibnya di Liga FAM.

“Saya tak percaya dia (Akhyar) akan menerima tawaran Perlis untuk beraksi di Liga FAM yang kita tahu liga berkenaan adalah saingan divisyen tiga Malaysia.

“Sepatutnya pemain seperti dia harus kekal beraksi di Liga Super bersama pasukan besar seperti JDT (Johor Darul Ta’zim), Selangor ataupun Pahang dan bukannya pasukan dari liga bawahan.

Sumber: Berita Harian

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *